Arahan Pelaksanaan PdPR Tahun 2021

 


Memandangkan situasi meruncing penularan COVID-19 di Malaysia, Kementerian Pendidikan dengan nasihat Majlis Keselamatan Nasional telah mengambil langkah drastik dengan menunda pembukaan sekolah bagi tahun 2021.

Sebagai alternatif, sesi pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan secara PdPR untuk Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Hanya Tingkatan 5 dan calon SPM 2020 sahaja dibenarkan belajar secara bersemuka. 

Tempoh pelaksanaan P dan P secara tidak bersemuka ini tidak dipastikan dan KPM akan mengumumkan tarikh tamat PdPR di media massa.

Semoga ibu, bapa dan penjaga serta para pelajar lebih bersedia untuk PdPR dan ambil maklum supaya tidak keciciran. Selamat Maju Jaya.

Post a Comment

0 Comments